DIALOG MERDEKA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA: KUALITI KEPIMPINAN PENENTU KEJAYAAN NEGARA MENGHADAPI KRISIS, KATA PANELIS
Program “Dialog Merdeka: Kepimpinan Malaysia dalam Menghadapi Krisis” anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), yang diadakan pada 27 Ogos 2025 di Auditorium YKP, mencetuskan perbincangan dan renungan mengenai peranan pemimpin dalam menangani krisis semasa memimpin negara.




