Home  |  Blog  |  DIALOG MERDEKA: CABARAN GLOBALISASI TERHADAP IDENTITI NASIONAL DAN KEDAULATAN NEGARA

DIALOG MERDEKA: CABARAN GLOBALISASI TERHADAP IDENTITI NASIONAL DAN KEDAULATAN NEGARA


Yayasan Kepimpinan Perdana dengan sukacitanya menjemput semua untuk menghadiri program “Dialog Merdeka: Cabaran Globalisasi terhadap Identiti Nasional dan Kedaulatan Negara” yang akan berlangsung pada Selasa, 29 September 2026, dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan P8H, Presint 8, 62250 Putrajaya.


Program ini dianjurkan bersempena dengan Pameran Kemerdekaan 2026 yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana dari 17 Ogos hingga 30 September 2026. Pameran ini bertemakan “Kemerdekaan – Perjuangan Bersama, Amanah Suci” (“Independence: A Shared Struggle, A Sacred Trust“). dan dibuka secara percuma kepada orang awam.


Maklumat Program:


“Dialog Merdeka: Cabaran Globalisasi terhadap Identiti Nasional dan Kedaulatan Negara”

📅 29 September 2026 (Selasa)
🕒 9.00 pagi – 1.30 tengah hari
📍 Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan P8H, Presint 8, 62250 Putrajaya
🌐 Pendaftaran: DIALOG MERDEKA


Program Dialog Merdeka ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat, khususnya generasi muda, mengenai sejarah kemerdekaan, pembentukan Malaysia, serta cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan identiti nasional dan kedaulatan negara. Selaras dengan tema “Cabaran Globalisasi terhadap Identiti Nasional dan Kedaulatan Negara”, dialog ini akan menyoroti kesan globalisasi terhadap jati diri, nilai kebangsaan dan kedaulatan negara, di samping membincangkan peranan kepimpinan dalam menghadapi cabaran semasa dan memastikan kepentingan nasional terus dipelihara.

Sesi Pendaftaran

Ucapan Pembukaan oleh Pengacara Majlis

Ucapan Aluan oleh Puan Zarina Abu Bakar
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kepimpinan Perdana

Dialog Merdeka: “Cabaran Globalisasi terhadap Identiti Nasional dan Kedaulatan Negara”


Moderator:
Prof Madya Dr R. Sivaperegasam P. Rajanthiran
Universiti Utara Malaysia (UUM)


Ahli Panel:
Dato’ Dr. Hj. Amirudin bin Abdul Wahab,
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia


Dr. Abdul Muein Abadi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sesi Soal Jawab

Lawatan Ahli Panel dan Moderator ke Ruang Pameran Kemerdekaan

Jamuan dan Bersurai


Tempat adalah terhad bagi program ini. Daftar sekarang untuk menempah tempat anda. Pendaftaran akan ditutup pada 28 September 2026 (Isnin) atau setelah semua tempat dipenuhi.

Encik Adnan Haris ( 03-8885 8940 / adnan@perdana.org.my)

Encik Roymax Sebastian (03-8885 8961 / royperdanalibrary@gmail.com)

Puan Suriyana Mohd Noor (03-8885 8956 / suriyana.perdana@gmail.com)

🌐 www.perdana.org.my


Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada Januari 2003 bagi mendokumentasikan, menyebarluaskan, mengkaji dan mengarkibkan bahan-bahan berkaitan mantan Perdana Menteri Malaysia. YKP berhasrat untuk menjadi institusi terkemuka dalam kajian mengenai Perdana Menteri Malaysia serta pusat sumber utama bagi penyelidikan berkaitan kepimpinan dan pentadbiran negara. Yayasan ini turut berperanan sebagai wadah untuk refleksi, perbahasan dan perbincangan bersama tokoh-tokoh terkemuka dalam kepimpinan Malaysia.


Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, merupakan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana. Sehingga kini, YKP telah mendigitalkan lebih daripada 500,000 bahan, dengan lebih separuh daripadanya boleh diakses secara percuma melalui laman sesawang www.perdana.org.my. Keahlian perpustakaan YKP terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 tahun ke atas dengan yuran keahlian tahunan sebanyak RM10. Ahli turut berpeluang menggunakan kemudahan perpustakaan fizikal YKP yang terletak di kawasan yang selesa di Presint 8, Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.perdana.org.my.

blue-sfera