Title: Reformasi Minda Guru
Author: Zulfadzli Haron
Publisher: Self-Published
Year of Publication: 2008
Language: Bahasa Melayu

Official Synopsis:
Reformasi Minda Guru merupakan satu wadah perjuangan yang simbolik untuk menyelesaikan satu permasalahan dalaman guru-guru pada hari ini. Ianya selaras dengan pelancaran Pelan Induk Pendidikan Nasional. Kejayaan PIPN banyak bergantung kepada golongan guru yang menggalas tugas membina anak didik yang bakal menerajui negara di masa hadapan.
Buku ini memberi tips yang berguna kepada guru-guru yang menyintai profesyen yang diceburi dan langkah bagaimana untuk mengatasi kebosanan dan permasalahan kerja.
Buku ini ditulis bersarkan pengalaman penulis yang pernah berkhidmat sebagai guru, pegawai kurikulum, penceramah motivasi pelajar dan guru-guru. Penulis kini aktif dalam memberi latihan kreativiti dan inovasi kepada pensyarah-pensyarah IPT seluruh negara.
Diharapkan juga buku ini bakal menjadi pencetus kepada guru-guru yang lain untuk memperkayakan hasil penulisan dan idea berasaskan pengalaman mengajar yang dilalui. Sesungguhnya hanya anak tempatan yang tahu permasalahan sebenar teknik pembelajaran anak didik kita dan adalah menjadi kewajipan kita untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk kebaikan generasi akan datang.
Comments:
Reformasi Minda Guru is a critique on the issues and challenges that teachers all over Malaysia faced, and how it could affect the successful implementation of Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). This book was written and published some time ago, and the national education plan referred heavily in this book also has since been replaced with newer ones. However, many of the challenges and perspectives within this book still apply to today’s environment.
What struck me the most would be the critique on teachers doing “side quests” instead of focusing on delivering meaningful lessons in their classrooms, as it speaks volumes to how teachers are not only overworked but also stretched thin to a point where their primary work is abandoned. How can a teacher be effective in teaching when they also have to supervise extracurricular activities outside of school, be on a programme committees, and taking on the additional role of librarian, for example? It is an issue that the author brought up in this book yet persists in 2026. A solution is long overdue; one where students are not disadvantaged due to their teachers being preoccupied with non-teaching tasks.
My only gripe with the views expressed in this book is that they can sometimes generalise too much and are pessimistic. Take, for example, this excerpt from chapter 7, ‘Revolusi Mental’: “Rata-rata rakyat Malaysia menampilkan ikon yang sama apabila diajukan persoalan. Mereka juga tidak proaktif dan tidak banyak membaca. Purata mereka pula tidak mempunyai kemahiran pengucapan yang baik.” While there are some truths to the comments above, we can find that there are many Malaysian who do not fit the description. If book fairs are any guide, the interest to read has not dissipated among Malaysians, as opposed to what was suggested by the author.
Reformasi Minda Guru is a good read for the critical-minded. It sheds light on issues that others outside the profession may not be aware of, and the arguments within the book make a good starting point for meaningful discourse on a subject matter so important to so many Malaysians: education.
Excerpts:
“Zaman persekolahan merupakan platform yang terbaik untuk membentuk insan melalui didikan dan asuhan yang diperlukan. Objektif utama pendidikan tidak pernah berubah prinsipnya untuk membekalkan ilmu kehidupan yang diperlukan oleh anak didikan sebagai bekalan menghadapi masa depan mereka.”
– Chapter 5, Pembangunan Insan.
“Malang bagi anak-anak yang dididik oleh guru hanya untuk lulus peperiksaan tanpa dididik untuk memurnikan jiwa sebagai tunjang perjuangan kehidupan mereka. Jika mereka dididik untuk tujuan peperiksaan, tidak salah jika kita rumuskan bahawa mereka juga hanya akan berjaya dalam pekerjaan tapi mungkin gagal untuk mengemudikan kehidupan.”
– Chapter 6, Falsafah Pendidikan Negara.
“Begitu kuatnya pengaruh yang dimiliki oleh seorang guru sehinggakan apa sahaja yang diajar walaupun terdapat kesilapan seringkali diperakui benar oleh para pelajar.”
– Chapter 7, Revolusi Mental.
“Disinilah terserlahnya kewibawaan, keikhlasan dan amanah seorang guru. Mereka sanggup meninggalkan kelas tanpa pengawasan semata-mata untuk menjalankan tugasan yang lain, maka guru-guru ini jugalah yang ke hulu dan ke hilir membuat tugasan mereka. Begitulah rungutan seorang guru apabila mereka mengatakan bahawa beban tugas mereka bukan sekadar mengajar tetapi melakukan kerja-kerja lain selain mendidik.”
– Chapter 10, Fenomena Warga Guru.
