Home  |  Blog  |  Staff Pick: The Art of Self-Leadership (Memimpin Diri Agenda Setiap Hari)

Staff Pick: The Art of Self-Leadership (Memimpin Diri Agenda Setiap Hari)

Name: Siti Murshidah binti Mat Riffin
Book Title: The Art of Self-Leadership (Memimpin Diri Agenda Setiap Hari)
Author: Syamsul Amri A Razak
Publisher: Publishing House Sendirian Berhad
Publication Year: 2024
Book Language: Malay
Hardcover: 200 pages


Book Synopsis:

‘’Saya bukan seorang ketua.’’ Saya tidak berminat menjadi pemimpin.’’

Saya dipaksa menjadi ketua. Bagaimana saya harus bermula?’’

‘’Sudah lama saya menjadi ketua.

Tetapi semakin lama, saya rasa semakin

banyak yang saya perlu pelajari

tentang ilmu kepimpinan.”

Menyentuh aspek kepimpinan, umum cenderung membayangkan posisi ketua atau pemimpin pasukan, organisasi, negara bahkan dunia. Satu topic sentiasa malar segar untuk dikaji dan dibincang.

Pengarang mengusulkan naratif kepimpinan mesti bermula dengan diri sendiri, maka beliau merincikan bagaimana langkah-demi-langkah membentuk kendiri sebagai pemimpin yang berwibawa. Terdapat lima bahagian utama topik yang dihuraikan melalui sub-topik yang bertujuan menggali potensi diri sendiri sekali gus membimbing hal-hal kepimpinan.

Satu  bacaan bersesuaian untuk bakal memimpin ataupun sudah memimpin tanpa mengira latar pendidikan dan pekerjaan. Pengkhususan ilmu dan adab kepimpinan yang mudah difahami berserta contoh relevan, dapat dipraktikkan secara langsung dalam kehidupan harian anda.


Excerpts:

‘’Leadership is the most observed and least understood phenomenon on earth.’’

[Ilmu kepimpinan adalah satu fenomena yang paling dikaji dan pada masa yang sama paling sukar difahami]                                                                           

Fitrahnya, seseorang pemimpin perlu memahami dan mengetahui perjalanan orang lain bagi mempelajari ilmu kepimpinan ini harus bermula dari titik tertentu dan mungkin perlu berakhir di titik tertentu.

Firman-Nya lagi dalam Surah Al-Balad, ayat 10:

‘’Dan kami berikan kepada kamu akan dua pilihan’’

“Setiap daripada kita diberi pilihan sama ada membuat pilihan kepada kebaikan ataupun sebaliknya.” — Bahagian 1: Kepimpinan dan Kepengikutanmuka surat  27


‘’Leaders must be willing to be led.’’

[Seorang pemimpin harus sedia untuk dipimpin]

“Satu yang pasti dan mesti diyakini adalah setiap manusia itu diberikan tugas sebagai seorang ketua ketika mana dia dilahirkan. Jawatan khalifah itu diberikan serta-merta ‘’upon birth’’ atau ketika dilahirkan. Insan agung Baginda Nabi S.A.W. berpesan; kita adalah pemimpin. Kita semua akan dipersoalkan terhadap apa yang kita pimpin. Ini penyataan jelas yang harus difahami dengan sebaiknya bahawa amanah menggalas tugas kepimpinan dan kepengikutan itu sebetulnya dipikul oleh setiap individu.” Bahagian 1: Kepimpinan dan Kepengikutan, muka surat 30  


 “One must be both CEO at work AND at home” 

[Seseorang itu haruslah menjadi seorang Ketua dan menunjukkan contoh yang baik sama ada di pejabat mahupun di rumah]

“Proses membina daya kepimpinan tidak hanya bermula seusai tamat pengajian ataupun bermula apabila menjawat jawatan penting dalam organisasi. Tanggapan atau naratif lama menyatakan seseorang itu hanya dianggap sebagai ketua apabila mula menjawat jawatan atau tugas tertentu. Tanggapan sebegini adalah tidak tepat dan perlu diberi kefahaman yang baharu.” Bahagian 2: Memimpin Diri: Apa yang Utama, muka surat 66


As one points his finger to others, the other four of his finger are actually pointing to himself”

[Tatkala seseorang menuding jari kepada orang lain, empat jarinya sendiri sedang menuding kepada dirinya]


“Ia mengingatkan kita supaya tidak mudah lupa ‘keperluan’ dan ‘kebajikan’ diri sendiri sebelum orang lain.” – Bahagian 2: Memimpin Diri: Apa yang Utama, muka surat 75

‘Perhaps, the best way to persuade others is by your ears’

[Barangkali, kaedah terbaik meyakinkan orang lain adalah mendengar dengan teliti]

“Satu kemahiran penting bagi seorang ketua dan pemimpin, sama ada pada peringkat organisasi mahupun sebagai ketua komuniti atau ketua keluarga, adalah kemahiran mendengar. Kemahiran yang kadang-kadang dilihat kecil dan remeh walau ia amat penting.” – Bahagian 5: Kaedah Memimpin Diri dengan Ilmu dan Adab, muka surat 159



This book is available at the Perdana Library. If you are interested in reading or borrowing the book, please visit our Library in Putrajaya, or contact us at 03-8885 8961 (Library Counter)

blue-sfera