Home  |  Blog  |  Staff Pick: Dari Perang Besar ke Putrajaya: Coretan Sejarah Perancangan dan Pembangunan Putrajaya 1995 – 2015

Staff Pick: Dari Perang Besar ke Putrajaya: Coretan Sejarah Perancangan dan Pembangunan Putrajaya 1995 – 2015

Name: Muhammad Haikal Hasnan 
Book: Dari Perang Besar ke Putrajaya: Coretan Sejarah Perancangan dan Pembangunan Putrajaya 1995 – 2015
Author: Muhamad Haitamin Ishak
Publisher: The Biblio Press
Publication Year: 2023
Book Language: Malay

Synopsis:

Berdasarkan laporan kajian The Proposal To Shift Government Office Outside Kuala Lumpur, bertarikh April 1993, terdapat 6 tapak cadangan awal. Sehubungan itu, pihak kerajaan telah memilih kawasan Ladang Perang Besar yang terletak di daerah Sepang sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang baharu, yang dinamakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Perang Besar dan kemudiannya dinamakan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. 

Putrajaya adalah sempena nama Almarhum YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama. Bagi merealisasikan perancangan pembangunan, satu Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan pada Disember 1993 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada masa itu, Allahyarham YABhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Pada 29 Ogos 1995, Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan Majlis Pelancaran Pembangunan Putrajaya dan mercu Tanda Putrajaya sebagai tanda bermulanya pembangunan Putrajaya.

Kisah dan peristiwa ini dicatatkan secara kronologi dalam buku ini dan juga beberapa cebis coretan pengalaman mereka yang terlibat secara langsung dalam perancangan dan pembangunan awal Putrajaya yang diceritakan secara santai dan bersahaja oleh beberapa orang bekas pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya, mantan CEO Putrajaya Holdings dan juga daripada pihak pemaju Putrajaya serta firma perunding yang terlibat. Mereka menulis mengikut pengalaman, peranan dan profession masing-masing sebagai jurutera, atau perancang bandar, atau juruukur tanah, akauntan/juru audit, pengurus taman dan landskap serta pengurus dan pentadbir tanah. Semoga coretan dalam buku ini dapat dikongsi dan memberi faedah kepada pembaca sekalian.


Comment:

A compelling narrative unfolds in a well-crafted book that delves into the construction of Putrajaya from the perspectives of the officials involved. This publication not only imparts the story but also instills confidence in the younger generation, showcasing that Malaysian administrators can achieve remarkable feats. This serves as an inspirational example for other nations in their endeavors to develop and construct new administrative centers.

In conclusion, Putrajaya stands as a testament to Malaysia’s vision and progress. With its breathtaking architecture, lush landscapes, and vibrant culture, it offers a unique experience for visitors. Whether one’s interest lies in remarkable landmarks, serene lakes, or engaging cultural events, Putrajaya truly has something to offer for everyone.

– Muhammad Haikal Hasnan, Library Internship student.


Excerpt:

“Pada 20 April 1994, Kerajaan telah menerima dan meluluskan pelan Konsep Pembangunan Pusat Pentadbiran Persekutuan di Perang besar yang disediakan oleh gabungan consortium pakar runding dan jabatan Kerajaan dengan mengambil kira pindaan-pindaan yang telah disarankan oleh YAB perdana Menteri.” Pelan Konsep Pembangunan Putrajaya, page 31

“Pada 12 Oktober 1994- Jemaah Menteri seterusnya telah meluluskan nama Perang Besar kepada Putrajaya sempena nama Perdana Menteri Pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.” Pelan Konsep Pembangunan Putrajaya, page 32

“Pada 20 Julai 1995, satu perjanjian bagi menubuhkan Pusat Pentadbiran di Perang Besar yang kemudiannya dinamakan sebagai Putrajaya telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Kerjaan Negeri Selangor. Mengikut Fasal (8) Perkara 83 Perlembangaan Persekutuan, negeri Selangor boleh memberikan mana-mana tanah di Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.” – Organisasi Pelaksanaan dan Pembangunan Putrajaya, page 69

“Kawasan tanah seluas 11,9780 hektar di dalam daerah Sepang, Selangor telah diwartakan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) pada 17 Jun 1993 untuk Cadangan tapak Pembangunan Putrajaya yang dinamakan pada masa itu sebagai Perang Besar kerana sebahagian besar melibatkan Kawasan tanah Ladang perang besar.”Menyelesaikan Urusan Pengambilan Tanah, page 103

“Korea Selatan merupakan negara yang telah banyak belajar daripada Putrajaya untuk merancang Pembangunan bandar baharunya. Sejong dan Putrajaya telah bekerjasama erat dalam berkongsi pengalaman, malah kedua-dua bandar Bersama beberapa bandar lain telah bergabung di dalam WACA (World Administrative Cities Association) yang berpengkalan di Sejong, Korea Selatan.” Putrajaya di Mata Dunia, page 159

“Putrajaya telah berjaya mendapatkan banyak pengiktirafan badan-badan dunia. Salah satu yang perlu dicatat di sini ialah anugerah daripada UNESCO-IHP pada 2010 kepada Wetlands Putrajaya sebagai salah satu daripada 7 tapak projek di dunia berkenaan dengan pengurusan air/tasik terbaik.”Putrajaya di Mata Dunia, page 160

This book is available at the Perdana Library. If you are interested in reading or borrowing the book, please visit our Library in Putrajaya, or contact us at 03-8885 8961 (Library Counter).

blue-sfera