Home  |  Blog  |  Staff Pick:  Rahsia Mahathir : 1992 – 2003

Staff Pick:  Rahsia Mahathir : 1992 – 2003

Name: Puan Hasniza Binti Hashim
Book: Rahsia Mahathir : 1992 – 2003
Author: Zakaria A. Wahab
Publisher: Aslita Sdn. Bhd. 
Language: Malay
Year: 2023

Book Synopsis:


Penulis buku ini iaitu Tuan Zakaria A. Wahab adalah seorang Pegawai Akhbar kepada Perdana Menteri yang ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah mengikuti Tun dari tahun 1992 sehingga tahun 2003 iaitu selama 11 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kenangan dan pengalaman yang telah beliau perolehi dan dengan pengalaman tersebut maka lahirlah buku ini untuk beliau berkongsi dengan masyarakat yang lain. Buku ini mengisahkan tentang rahsia Tun yang tidak diketahui oleh orang lain tetapi bukanlah rahsia yang pelik-pelik. Cuma rahsia bagaimana Tun menjalani hari-hari beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Buku ini juga turut menceritakan bagaimana mulanya Tun merancang mengadakan Pusat Kerajaan baru di sebuah kawasan yang masih tidak diterokai dan desas-desus tersebut juga antara punca banyak pembangunan baru yg dibina oleh pihak pemaju. Selain itu, kisah suka-duka Tun dalam menaikkan sosio-ekonomi dan martabat Malaysia ke mata dunia.


Comment:


In this book, the author shares his more than a decade experience working with Tun Dr Mahathir Mohamad and skillfully weaves together a rich tapestry of historical events, insider accounts, and personal anecdotes, providing a multidimensional portrait of Tun Dr Mahathir’s leadership and the web of power dynamics that surrounded him.


While reading this book, I learned about the hardships and challenges faced by the Prime Minister as a leader in leading the country. An example can be seen in Tun’s economic policies: Vision 2020, Industrialisation and Export-Led Growth, Privatisation and Economic Liberalisation, The Look East Policy etc. Overall, Tun Dr Mahathir’s economic policies helped transform Malaysia from a primarily agrarian economy into a more diversified and industrialised nation, but they were not without controversy and criticism. Despite the criticisms,  many agree that the economic policies contributed to sustained economic growth, improved infrastructure, increased foreign investment, and raised living standards for many Malaysians. 


In addition, this book also highlighted how Tun managed unexpected situations, including high-stakes negotiations and political rallies. During his tenure as Prime Minister, Tun Dr Mahathir often faced passionate political rallies and public gatherings. He displayed his ability to address large crowds and manage the fervour through his charismatic communication style. He would speak with conviction, delivering powerful speeches that resonated with the audience. His strong leadership presence and ability to connect with people helped him maintain control over potentially volatile situations. 


The author also confirmed one of the traits of Tun that I admire: despite his busy schedule and responsibilities towards the country, Tun never failed to spend time with his family. 

 –    Puan Hasniza binti Hashim, Librarian, Digitisation & OCR Unit-


Excerpts:


“Dr Mahathir memerhati saya seketika. Cermin mata yang dipakainya agak melengkung dan matanya kelihatan besar dan kemerahan. Beliau sudah nampak terlalu lama menelaah kerjanya”. – Bab 1 : Empat Mata, muka surat 24.


“Pagi ini beliau berada di Pulau Langkawi, petangnya beliau ke Terengganu dan malamnya kembali ke Kuala Lumpur atau hari ni ke Indonesia, esoknya di Brunei Darussalam, tengah harinya di Kota Kinabalu, petangnya di Terumbu Layang-Layang dan malamnya di Pulau Labuan.” – Bab 4 : Rahsia Hidup, muka surat 45.


“The true gratefulness must be demonstrated in your contribution to this world during your lifetime. What do you do to make this world a better place for your people who are going to come up, your own children, your grandchildren, your great grandchildren?” – Bab 4: Rahsia Hidup, muka surat 51.


“Perwatakan Dr Mahathir jauh sekali berbeza dengan norma tersebut. Walaupun beliau telah menjalani operasi pembedahan jantung, tubuh badannya masih sihat dan cergas dan dapat turut aktif dalam sukan berkuda. Ramai menganggap Dr Mahathir pasti mempunyai rahsia atau ilmu yang dipakainya yang boleh membolehkan beliau kuat kerja sedemikian. Mungkin juga Dr Mahathir ada makan jamu. Jelas segala tanggapan itu meleset.” Bab 4 : Rahsia Hidup, muka surat 46.


“Perdana Menteri, walaupun stylish, didapati kurang cerewet tentang pakaiannya. Beliau masih tidak ketinggalan membeli seluar dan baju di pasaraya atau kedai-kedai biasa yang dikunjunginya.” – Bab 6 : Citarasa Mahathir, muka surat 75.


“Bakat menulis Dr Mahathir boleh dikesan sejak beliau berusia 20an lagi. Beliau telah menunjukkan kebolehannya dalam bidang ini dengan menulis untuk majalah kolejnya dan untuk akhbar terutamanya akhbar berbahasa Inggeris, The Straits Times di Singapura”.  – Bab 7 : Penulis dan Editor, muka surat 96.



This book is available at the Perdana Library. If you are interested in reading or borrowing the book, please visit our Library in Putrajaya, or contact us at 03-8885 8961 (Library Counter).

blue-sfera