Home  |  Blog  |  Staff Pick: Mokhtar Dahari

Staff Pick: Mokhtar Dahari

Name: Adnan Haris
Book: Mokhtar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia
Author: Zinitulniza Abdul Kadir
ISBN: 978-967-430-3709
Publisher: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Language: Bahasa Malaysia
Year: 2013


Official Synopsis:
Buku ini mengumpul kronologi penting kehidupan Mokhtar Dahari sepanjang kariernya dalam sukan bola sepak sehingga saat pemergian abadinya pada 11 Julai 1991. Istimewanya, ia ditulis dengan memetik tulisan Mokhtar di beberapa penerbitan sekitar 1980-an, sebelum disusun, digabung jalin dan akhirnya menghasilkan pengkisahan terhadap banyak perkara yang selama ini tidak jelas diketahui umum serta peminat Mokhtar sendiri khususnya. Ringkasnya, buku ini menghurai banyak kisah sebalik tabir, termasuk kesalan Mokhtar bersara daripada pasukan kebangsaan pada 1979, dan dilema besar pada 1985 apabila dipujuk untuk bermain memimpin Malaysia menentang musuh tradisi, Korea Selatan dalam perlawanan pusingan kedua Pra-Piala Dunia di Seoul. Pernah dijulang sebagai penyerang terbaik Asia 1976, Mokhtar tidak terkecuali daripada zaman getir dan terpinggir. Pendek kata, tidak mudah menjadi Mokhtar Dahari. Justeru, kepada yang pernah mengenali Mokhtar, juga kepada yang mahu mengenali Mokhtar, buku ini sarat dengan suka duka serta bahagia deritanya. Benar banyak yang telah diketahui mengenainya, namun masih banyak juga yang tidak pernah diketahui mengenainya.


Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia


Staff Comments:
The legendary Datuk Mokhtar Dahari or also known as ‘Supermokh’ is famously recognised by Malaysians as the best footballer of 1970s and 1980s. His prowess on the field elevated football as the number one national sport in Malaysia, as Supermokh made the Malaysian team a formidable one in South East Asia. Many claimed he could well have been the best footballer of the time in Asia.


Mokhtar Dahari was born in 1953 in Setapak, Kuala Lumpur and attended Victoria Institution. His passion for football began when he was 13, and in 1969 when he was 16 years old, he was selected to represent Selangor state in the Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia footballcompetition.


This book details the chronology of Mokhtar’s life and his career in football until his death in 1991 at the young age of 38. He famously wore the Number 10 jersey during his time in Selangor FC, as well as in the national team, apt for a striker of his calibre. One of the most unforgettable matches that he played was in 1975 when Malaysia defeated Arsenal 2-0. Mokhtar scored both match-winning goals. His talent and skills attracted many top flight English Premier League teams, but the best offer he received came from Real Madrid, a giant in the European football scene. He declined due to his loyalty and patriotism to his club and country. The year 1976 was the peak of his career as a footballer when he was awarded ‘Footballer of the year’ by World Star Soccer, a sports magazine published in Singapore. Again in the same year, he brought victory to the Malaysia team and was awarded the best scorer in Asia. Another great moment for Mokhtar was in 1982 when the national team played against Diego Maradona and his team, Boca Juniors, in a friendly match.


He was not just a striker on the field. Mokhtar also scored points through his writings and views via ‘Mokhtar Dahari Menulis’ in the magazine, Dunia Sukan (1981-1983) and through his “On Target” column in The New Straits Times. For instance, he criticised the Football Association of Malaysia (FAM) in Dunia Sukan (1982):


“Saya mempunyai pandangan sendiri berhubung isu ini. Pada saya, pemain berhak memberi pandangannya masing-masing dan terpulang kepada FAM untuk menilai jika ia wajar atau sebaliknya. Dan saya kurang pasti dengan peraturan dan klausa yang mengatakan pemain tidak boleh mengulas, berkongsi rasa tidak puas hati atau mengkritik FAM. Pada pandangan saya, pemain sepatutnya diberi kebenaran untuk menyuarakan pendapat mereka, tidak kira sama ada dia masih pemain kebangsaan mahupun sudah bersara. Saya sendiri contohnya, Cuma bersuara untuk berkongsi pandangan mengenai apa yang saya tahu, dan tujuannya tentulah untuk kebaikan kita bersama.”


Mokhtar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia is easy to read, with many photos and quotes by Mokhtar and those close to him, notably his coach, family, and friends, derived from interviews and news articles. The author did his research and the book is a must-read for Mokhtar Dahari and football fans, offering insights into national sports and international competition from the man once known as the fiercest footballer in Asia.




Excerpts:
“Peminat bola sepak Singapura memang teruja menunggu pasukan kami menentang Selangor. Dan Mokhtar.. walaupun dua pemain diletakkan mengawalnya, entah bagaimana dia masih lagi boleh melepaskan diri. Mokhtar ebnar-benar hebat. Dan bermain menentangnya bukan tugas mudah. Jika ditanyakan apa perasaan saya bermain dengan Mokhtar, jawapan saya, ia mimpi ngeri… saya tidak pernah melihat sesiapapun bermain seperti Mokhtar, walaupun dalam Piala Dunia. Mokhtar adalah penyerang yang mempunyai segala-galanya. Dia sempurna” – Quah Kim Song (bekas pemain pasukan Singapura), National Geographic (2010)
Dendam Singapura, page 113


“Mimpi menjadi nyata, dan Mokhtar mengotakan janjinya. Selangor menang bergaya, sekali gus merangkul kejuaraan Piala Malaysia kali ke-27 selepas membenamkan Johor 6-1. Lebih manis, Mokhtar diumum Pemain Terbaik Perlawanan Akhir sebelaum keadaan tambah nostalgik apabila dia membuka jersi keramat nombor 10 miliknya selama 15 tahun, dan menghadiahkannya kepada Raja Muda Selangor sambil mengucapkan ‘Selamat tinggal Selangor…’
Pemain Terbaik, page 170


“Tangan saya menggenggam erat trofi Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, dan air mata saya bergenang di kala melangkah keluar melewati padang Stadium Merdeka menuju ke bilik persalinan. Saya pasti akan rindukan semua ini… suasana stadium ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, saat manis ketika menang perlawanan, dan pengalaman memanjat tangga Royal Box untuk menerima trofi serta pingat kejuaraan… Semua itu tidak lagi akan saya rasai. Lima belas tahun bermain dalam Piala Malaysia… 10 kali juara, dan dua naib juara… Itu adalah rekod saya bagi Piala Malaysia, dan kalaulah saya masih boleh nenambahnya. Tapi saya akur, sehebat manapun sesuatu, ia tidak kekal menongkat langit.. Dan masanya telah sampai untuk saya berhenti. Tubuh letih dan kaki yang kerap kesakitan telah menyampaikan pesan bahawa tidak mungkin lagi bagi saya meneruskan semua ini…” – Mokhtar Dahari, New Straits Times, 5 May 1986
Pemain Terbaik, page 174



This book is available at the Perdana Library. If you are interested in reading or borrowing the book, please visit us in Putrajaya.

blue-sfera