[breadcrumbs]

DISKUSI BUKU – MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH

Edisi Kedua program Diskusi Buku mempersembahkan sebuah buku bertajuk Membaca: Motivasi & Kaedah. Buku ini adalah hasil nukilan Professor Dato’ Seri IR Dr Zaini Ujang, mantan Naib Canselor UTM (2008-2013).


Tarikh: 13 November 2019
Masa: 2.30 – 5.00 ptg
Tempat: Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya


Jadual Program


2.30 ptg – Ketibaan peserta dan Pendaftaran
3.00 ptg – Ucapan aluan dan Pengenalan
3.15 ptg – Diskusi buku “Membaca: Motivasi & Kaedah” oleh Prof. Dato‘ Seri Ir Dr Zaini Ujang, diikuti dengan sesi soal jawab
4.15 ptg – Sesi autograf buku
4.30 ptg – Lawatan ke perpustakaan
5.00 ptg – Sesi foto berkumpulan & Jamuan petang


Masuk adalah percuma. Jamuan ringan disediakan.


Untuk mendaftar, sila hantar emel ke:
Adnan (adnan@perdana.org.my / 03-88858940)
Roymax (roy@perdana.org.my / 03-88858961)
Faridzuan (faridzuan@perdana.org.my / 03-88858953)


MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH adalah hasil nukilan Professor Dato’ Seri IR Dr Zaini Ujang, mantan Naib Canselor UTM (2008-2013). 


Beliau adalah jurutera bertauliah di Malaysia dan United Kingdom yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), manakala Sarjana (Kejuruteraan Alam Sekitar) dan PhD serta DSc (Kehormat) daripada Newcastle University, England. Beliau adalah felo pelbagai pertubuhan profesional antarabangsa, termasuk Chartered Institute of Water and Environmental Management, Institute of Chemical Engineers (Britain), Royal Society of Physiography (Lund, Sweden), dan International Water Association (Netherlands). Beliau juga pada masa sama, adalah profesor pelawat di Imperial College London, Tsukuba, Tokyo dan Kyoto (Jepun), Lund (Sweden) dan Penyelidik bersekutu di MIT (AS). Beliau juga adalah penerima penerima pertama Anugerah Merdeka (Pencapaian Akademik) pada tahun 2009, dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2019.


Beliau telah menulis 38 buku (termasuk dua kumpulan puisi), menghasilkan lebih 300 artikel akademik, anggaran 2,000 artikel media massa, dan lebih 5,000 siaran media sosial. Buku MEMBACA: Kaedah dan Motivasi terbitan 2019 ini adalah terbitan edisi ketiga (edisi pertama 1993) dan cetakan sebelumnya telah terjual melebihi 15,000 naskhah. Edisi terbaharu ini telah ditambah baik berbanding dua edisi sebelumnya, selain dikemas kini dan diberi tambahan bab bagi menjadikan ia terus relevan dalam persekitaran dinamik hari ini. 


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan pautan di sini.

blue-sfera