Memperkenalkan sebuah siri baru daripada Yayasan Kepimpinan Perdana: Diskusi Buku. Program ini adalah salah satu usaha “community outreach” Yayasan dan juga usaha untuk memberi lebih pendedahan kepada komuniti Putrajaya terhadap koleksi-koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berada di Pustaka Perdana.
Edisi pertama adalah berkenaan sebuah buku kepimpinan yang bertajuk Komunikasi Warna, oleh En Johan Irwan Kamarozaman.
Tarikh: 15 Julai 2019
Masa: 2.30 – 5.00 pm
Tempat: Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya
Jadual Program
2.30 ptg – Pendaftaran Peserta
3.00 ptg – Sesi Pembukaan & Memperkenalkan Yayasan, Buku, & Pengarang
3.15 ptg – Diskusi Buku
4.15 ptg – Sesi Autograf
4.30 ptg – Lawatan ke Pustaka Perdana
5.00 ptg – Sesi Bergambar & Jamuan Ringan
Masuk adalah percuma, jamuan ringan disediakan.
Untuk mendaftar, sila hantar emel ke:
Adnan (adnan@perdana.org.my / 03-88858940)
Roymax (roy@perdana.org.my / 03-88858961)
Faridzuan (faridzuan@perdana.org.my / 03-88858953)
KOMUNIKASI WARNA adalah hasil nukilan En Johan Irwan Kamarozaman. Beliau adalah pengasas Leap Leadership Academy Sdn. Bhd. Beliau mendapat pentauliahan daripada Directive Communication™ International untuk mengendalikan program berdasarkan Colored Brain Communication sejak tahun 2012 dan sehingga kini beliau telah menganjurkan ratusan sesi tentang Colored Brain daripada peserta yang pelbagai.
Buku ini mengupas kaedah Colored Brain dalam mengenali karakter individu dan aplikasi dalam berkomunikasi dengan individu pelbagai warna. Dengan kajian Ambiguity Relief yang dijalankan oleh pengasas Colored Brain, Arthur F. Carmazzi, ia memberikan satu rangka kerja mudah bagaimana Colored Brain dapat digunakan untuk merungkai permasalahan yang sering berlaku dalam berkomunikasi.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan pautan di sini.