Publications | Books

These are the books we currently offer for sale (contact: plfcomms@perdana.org.my). Toggle to list view to get more information about each title, and check back regularly to see our latest titles.

PENGISYTIHARAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM

Perbahasan Malaysia sama ada sebuah Negara Islam atau sekular telahpun wujud di Negara ini semenjak dari zaman sebelum merdeka lagi. Perbahasan tersebut dapat dilihat dengan jelas dalam rundingan bagi mencapai kemerdekaan Malaya, sama ada melalui memorandum yang dihantar oleh beberapa pihak kepada Suruhanjaya Reid, rundingan dalam parti-parti Perikatan mengenai Laporan Reid dan reaksi berbagai pihak mengenai Laporan Reid. Selepas merdeka perbahasan yang sama masih berterusan berkisar kepada interpretasi Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.