SURAT DARIPADA DR. MAHATHIR

Description

Author: Zainuddin Maidin, Dato

Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Year: 2008

ISBN: 978-967-61-2180-0

Edisi tambahan ini mencatatkan babak dramatik dan kontroversi yang terus mewarnai kehidupan Dr. Mahathir Mohamad selepas persaraannya yang mulanya disangkakan ramai, beliau akan sepi menyendiri dan tidak lagi akan terdengar suara dan aksinya dalam kancah percaturan politik negara. Tindakannya yang paling menggemparkan selepas persaraannya ialah keluar daripada UMNO sebagai kemuncak persengketaannya dengan Perdana Menteri yang dilantiknya Abdullah Ahmad Badawi.

Adalah benar seperti yang dicatatkan dalam terbitan pertama buku ini, Dr, Mahathir adalah tokoh yang membingungkan, digerakkan oleh politiknya yang pragmatik seperti yang terzahir oleh visinya membina Malaysia baru sebagai negara industri dalam menempuh abad ke-21. Semasa kekuasaannya, beliau banyak melakukan perkara yang menghairankan baik dalam kalangan rakan-rakan mahupun musuh-musuhnya. Beliau menyaksikan pemergian tiga timbalan beliau yang amat dipercayai.

For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.