PUMPUNAN BUDAYA PERIBUMI DI SABAH

Author: Saidatul Nornis Hj. Mahali

Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Sabah, 2017

ISBN: 978-967-0521-93-0

Call Number: 305.899 PUM

Pumpunan Budaya Peribumi di Sabah menampilkan satu telaah budaya sebagai medium yang mengidentifikasikan kelompok etnik khusus di Sabah. Buku ini menampilkan perbincangan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan peribumi Sabah yang beragam sifatnya.

Bermula daripada aspek adat-istiadat sehinggalah ke aspek rutin kehidupan yang melatari kelompok-kelompok etnik yang berkenaan. Memandangkan bahan-bahan berkait dengan masyarakat peribumi Sabah agak sukar diperoleh, maka buku ini ditampilkan sebagai satu usaha menampung ruang lompang yang ada. Semoga buku ini mampu memberi manfaat kepada semua pembaca.

 For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.