Author: Zinitulniza Abdul Kadir
Publisher: ITBM, 2013
ISBN: 9789674303709
Call Number: 927.963 ZIN
Buku ini mengumpul kronologi penting kehidupan Mokhtar sepanjang kariernya dalam sukan bola sepak sehingga saat pemergian abadinya pada 11 Julai 1991. Istimewanya, ia ditulis dengan memetik tulisan Mokhtar di beberapa penerbitan sekitar 1980-an, sebelum disusun, digabung jalin dan akhirnya menghasilkan pengkisahan terhadap banyak perkara yang selama ini tidak jelas diketahui umum serta peminat Mokhtar sendiri khususnya. Antara contoh, ramai beranggapan yang Mokhtar seumur hidupnya hanya pernah dilayangkan satu kad merah, sedangkan realitinya, dua pernah diterima wira bola sepak negara ini. Lebih menarik, kad merah keduanya diterima pada 1981, tahun sama kontroversi kad merah pertamanya yang membangkitkan kemarahan penyokongnya di seluruh negara. Ringkasnya, buku ini menghurai banyak kisah sebalik tabir, termasuk kesalan Mokhtar bersara daripada pasukan kebangsaan pada 1979, dan dilema besar pada 1985 apabila dipujuk untuk bermain memimpin Malaysia menetang musuh tradisi, Korea Selatan dalam perlawanan pusingan kedua Pra-Piala Dunia di Seoul. Pernah dijulang sebagai penyerang terbaik Asia 1976, Mokhtar tidak terkecuali daripada zaman getir dan terpinggir. Pendek kata, tidak mudah menjadi Mokhtar Dahari. Justeru kepada yang pernah mengenali Mokhtar, juga kepada yang mahu mengenali Mokhtar, buku ini sarat dengan suka duka serta bahagia deritanya. Benar banyak yang telah diketahui mengenainya, namun masih banyak juga yang tidak pernah diketahui mengenainya.
For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.