MODEL BARU EKONOMI: Tinjauan dari Perspektif Islam

Author: Mohamad Azhar Hashim & Nor Hartini Saari

Publisher: Institut Kefahaman Islam Malaysia

Year:2012

ISBN: 978-953-2636-52-6

Synopsis:

Menerajui ekonomi dalam suasana semasa memerlukan kepada pendekatan yang sesuai dan relevandengan hakikat masa kini. Ekonomi negara untuk maju perlu mencapai status ekonomi yang berpendapatan tinggi. Mengambil hasrat itu, kerajaan memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berasaskan inovasi dan kreativiti. Sejajar dengan perkembangan ini, beberapa bidang perlu kepada pendekatan dan usaha yang menyeluruh seperti sektor kewangan, teknologi, buruh mahir dan sebagainya. Prinsip Islami hendaklah dijadikan asas dan nilai tambah dalam membangun model ini. Pendekatan penyusunan ekonomi melalui amalan konvesional masa kini banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada kestabilan dan kesejahteraan ekonomi. Bahkan pertumbuhan ekonomi yang dicapai belum pasti menjamin bahawa keadaan ekonomi memperoleh kemajuan.

For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.