Description
Author : Aida Idris & Abu Hassan Abdullah, ed.
Publisher : SIRD
ISBN : 9789675833468
Year : 2012
Hasil kolaborasi enam orang penulis akademik dan bukan akademik, buku ini merupakan suatu usaha untuk mengupas cabaran dan hala-tuju rakyat Malaysia dalam membina identiti sebagai sebuah bangsa dari pelbagai aspek kenegaraan. Aziz Bari memberi analisa kritikal tentang undang-undang, hak asasi manusia dan demokrasi; sementara kebebasan media dan maklumat serta potensi teknologi baharu dibicarakan oleh Ooi Heng. Aida Idris merumuskan perkembangan serta masa depan ekonomi, manakala Dinsman merenung perkembangan senibudaya dari perspektif seorang aktivis.Permasalahan kepimpinan remaja dalam masyarakat multi-etnik ditinjau oleh Abu Hassan Hasbullah, dan akhir sekali Syed Ibrahim Syed Noh membincangkan suatu pendekatan holistik mengenai modal insan dan pembangunan sumber manusia.
Diharap penerbitan buku ini akan mencetuskan perbahasan yang sihat dan konstruktif untuk memajukan tanahair dan membina bangsa Malaysia, terutamanya dalam situasi di mana terdapat usaha di kalangan sesetengah pihak untuk memecah-belahkan perpaduan bangsa. Sememangnya, tanpa perbincangan yang jujur lagi terbuka, agak sukar bagi kita maju bersama.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.