Malaysia, sebuah negara berbilang kaum yang sentiasa percaya pada pasaran bebas, telah mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus setiap thun untuk selama sepuluh tahun berturut-turut. Ia sebuah negara yang sentiasa mempunyai kestabilan politik dan keteguhan ekonomi. Matawangnya begitu kukuh dan hutang luar negaranya di bawah paras yang boleh diterima. Malah ia mampu membayar hutangnya lebih awal berulangkali. Ternyata ia bukanlah calon kepada kemelesetan ekonomi yang teruk. Ia mungkin mengalami pertumbuhan yang perlahan, tetapi bukanlah kegawatan ekonomi dan kewangan.