Home  |  Blog  |  Staff Pick: Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun

Staff Pick: Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun

Name: Wan Nurul Atiela binti Wan Razali
Book Title: Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun
Author: Syed Hussein Alatas
Publisher:  Lestari Hikmah
Year of Publication:  2023

Official Synopsis: 
Tulisan Prof Dr Syed Hussein Alatas ini memang benar mengingatkan saya kepada pentingnya perpustakaan. Perpustakaan lebih kukuh dari gudang senjata. Senjata dibina untuk membunuh malah meruntuhkan sebuah tamadun, manakala perpustakaan dibina untuk menyubur dan menghidupkan lagi sejuta nyawa. Tanpa perpustakaan manusia tidak dapat berkongsi pengalaman, pengetahuan dan hak mereka. Perpustakaan yang terjaga rapi akan menghasilkan ledakan ilmu yang luar biasa buat pembacanya.

Hak manusia yang perlu dijaga selain mendapatkan makanan dan perlindungan adalah dengan memastikan setiap dari mereka mendapat hak untuk membaca. Tidak mungkin manusia akan hidup sepenuhnya tanpa membaca. Membaca menghasilkan idea, idea pula akan mengembara walaupun batang tubuh pendirinya sudah berbakti semula kepada alam. Kita tidak mungkin dapat melihat sisi buruk kapitalisme, semangat beragama yang jumud dan keganasan yang menggoncang tanpa adanya pembacaan yang rapi dan berkesan. Di sinilah perpustakaan memainkan peranan. Aroma bukunya bukan saja menenangkan malah memberikan perubahan. Bacalah dan nikmatilah buku ini. 


Comments:
This book offers a powerful reflection on the civilisational importance of libraries. Its message is clear, timeless, and highly relevant, particularly in discussions on education, modernisation, and post-colonial intellectual development. Rather than a detailed academic analysis, the book serves as a philosophical meditation, focusing on ideas, reflections, and insights rather than extensive data, research methods, or technical arguments. This makes it accessible and relatively easy for readers to engage with.

Syed Hussin Al Attas successfully demonstrates that libraries are far more than repositories of books; they are active agents of societal advancement. He illustrates how libraries genuinely influence society, drive change, and foster the progress of civilisation

Overall, this is a meaningful and thought-provoking work, especially valuable for readers interested in libraries, knowledge culture, and the broader role of intellectual institutions in shaping society.


Excerpts:
“Jumlah besar penerbitan yang terus berkembang pesat telah menimbulkan masalah, merujuk kepada klafikasi dan kaedah pemulangan semula. “Sains” katanya “mungkin menjadi mangsa ciptaan sendiri, dihalang seperti koloni bakteria oleh rembesannya sendiri.” Halaman 3

“Pustakawan perlu mempromosikan matlamat pembacaan dan cinta sejati terhadap buku sebagai ‘cinta kepada minda sejagat kemanusiaan seperti yang termaktub dalam sesuatu karya.”– Halaman 5

“Perpustakaan mengumpul dan menyimpan buku-buku ini. Ia menjadi pusat kuasa pembangunan minda kita yang berterusan dan mendalam. Ia telah menjana lagi peningkatan buku melalui usaha para sarjana kreatif, penulis dan pempopular ilmu, dalam peredaran masa, apatah lagi jurnal dan laporan pelbagai jenis.” – Halaman 16

“Satu lagi fungsi asas perpustakaan adalah untuk kita mengetahui sejarah silam kita, identiti kita dan perubahan yang dilaluinya. Tamadun Eropah menyediakan maklumat yang sangat kaya tentang data sejarah, berkat keghairannya kepada rekod bertulis dan memeliharanya untuk anak cucu.”- Halaman 19

“Fungsi sejarah perpustakaan adalah mudah untuk difahami dan diiktiraf. Tetapi seperti banyak perkara lain yang mudah untuk diiktiraf, ia cenderung untuk diabaikan. Budaya perpustakaan dikelirukan dengan budaya literasi dan membaca.” – Halaman  21


This book is available at the Perdana Library. If you are interested in reading or borrowing the book, please visit our Library in Putrajaya, or contact us at 03-8885 8961 (Library Counter).

blue-sfera