Staff’s Name: Hasniza binti Hashim
Book Title: Sejarah Rakyat Malaysia
Author: Syed Husin Ali
Publisher: Pusat Sejarah Rakyat Berhad
Year of Publication: 2024

Official Synopsis:
Buku ini bertujuan untuk mengemukakan dengan ringkas Sejarah Rakyat Malaysia (dulunya Malaya). Pendekatannya berbeza dengan yang biasa terdapat dalam naskhah buku yang boleh dikatakan Sejarah Rasmi. Sifat penulisan karya ini lebih popular dan tidak akademik, supaya mudah dibaca oleh khalayak ramai, tidak kira muda ataupun tua.
Bidang sejarah rakyat Malaysia sangat luas dan tidak mungkin dirangkumi seluruhnya dalam sebuah buku sekecil ini. Oleh kerana itu, penulis menumpu perhatian khusus kepada satu sudut daripadanya sahaja, iaitu perkembangan nasionalisme atau semangat kebangsaan. Boleh dikatakan perkembangan nasionalisme ini merupakan aspek paling penting dalam sejarah Malaysia, kerana ia melibatkan fasa pembentukan negara bangsa kita yang banyak mengombak perubahan.
Comments:
Sejarah Rakyat Malaysia offers a refreshing and critical perspective on Malaysian history by foregrounding the struggles, voices, and contributions of ordinary people often overlooked in mainstream narratives. Syed Husin Ali challenges the elite-centric view of history, prompting readers to rethink the meaning of independence and nation-building. Thought-provoking and deeply engaging, this work not only broadens historical understanding but also deepens appreciation of the sacrifices of the rakyat.
For me, this book is not just a history book, but also a reminder to value the everyday struggles of the rakyat, then and now. It is thought-provoking, heartfelt, and empowering — a must-read for anyone who wants to understand Malaysia’s history from a more inclusive and people-centred perspective.
Excerpts:
Sejarah Zaman Silam
“Kerajaan Melaka jatuh kepada Kerajaan Portugis pada tahun 1511. Antara sebab Portugis ingin menakluk Melaka ialah kerana mereka mahukan monopoli akses kepada rempah ratus di Asia. Mereka datang kononnya di bawah slogan “gospel, gold, glory” (yakni untuk penyebaran dakyah Kristian, merebut kekayaan dan meneruskan cita-cita penjajahan).” -Mukasurat 37
Penjajahan dan Penentangan
“Tok Janggut bersama Engku Besar Jeram berjaya menyerang dan menakluki Pasir Putih. Engku Besar Jeram diisytihar sebagai Sultan di kawasan itu dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.” -Mukasurat 65
Penjajahan dan Penentangan
“Selepas itu ramai petani membuka 200 ekar tanah yang dimiliki oleh Tengku Maimunah dan 400 ekar tanah yang lain. Abdul Rahman mendapatkan keizinan daripada anak raja itu bagi mengerjakan tanahnya. Kawasan yang lebih luas itu dikerjakan oleh petani-petani tanpa mempedulikan perintah membayar cukai kerana mengikut nasihat Abdul Rahman bahawa tanah itu milik Allah dan bukan milik pendatang yang hendak berkuasa itu.” – Mukasurat 68
Nasionalisme: Anti-Penjajah dan Merdeka
“Dalam bidang ekonomi, pihak penjajah telah membawa masuk modal untuk membuka lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah besar yang dimiliki terutama oleh pemodal besar. Untuk mengerjakan lombong dan ladang ini, penjajah Inggeris membawa masuk terutamanya buruh India untuk ladang dan buruh Cina untuk lombong.” -Mukasurat 89
This book is available at the Perdana Library. If you are interested in reading or borrowing the book, please visit our Library in Putrajaya, or contact us at 03-8885 8961 (Library Counter).
