Staff’s Name:Siti Murshidah binti Mat Riffin
Book Title: Imbasan Peristiwa-peristiwa Sebelum Kemerdekaan Malaya
Author: Mohamed Abid
Publisher: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd
Year of Publication: 2003

Official Synopsis:
Mohamed Abid, penulis buku ini, dibesarkan sebagai seorang ahli keluarga terdekat, di tengah-tengah keluarga besar Dato’ Onn bin Jaafar, orang yang bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti yang memerintah Malaysia. Semasa beliau sedang berlari dan bermain-main di koridor kuasa di zaman pembentukan UMNO di akhir 1940an hingga awal 1950an, kenangan zaman kanak-kanaknya telah mendedahkan satu sudut sejarah yang hanya dapat digambarkan oleh orang yang menyaksikannya secara langsung.
Buku ini bukan merupakan satu latihan akademik atau satu bahan sejarah yang lengkap mengenai sejarah politik negara. Apa yang digambarkan ialah peristiwa-peristiwa yang tidak mungkin dan tidak akan dapat ditemui oleh ahli akademi, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam satu jangka waktu yang belum pernah diceritakan atau dicatatkan. Peristiwa-peristiwa ini hanya dapat disampaikan oleh mereka yang melihat sendiri dengan mata mereka kejadian-kejadian yang akhirnya membawa kepada terletaknya batu asas untuk Kemerdekaan Malaya.
Comments:
I thoroughly enjoyed reading Imbasan Peristiwa-peristiwa Sebelum Kemerdekaan Malaya by Mohamed Abid. It gave me a much clearer picture of the events leading up to Malaya’s independence, particularly the pivotal role played by Dato’ Onn Ja’afar. Before this, I hadn’t fully realised how he managed to unite Malays from different states at a time when loyalty was mostly to one’s own ruler, rather than to a shared national identity.
Dato’ Onn Ja’afar emerged as a central figure in the nationalist movement. He was the first Malay leader to gain widespread acceptance across the Malay Peninsula, a feat not easily achieved, considering that at the time, Malays were more loyal to their individual states and rulers than to a collective national identity. Yet, Dato’ Onn succeeded in challenging and dismantling this parochial mindset, fostering a broader sense of unity among the Malays.
This book also revealed how firmly Dato’ Onn resisted British attempts to take over Malay lands. Only Allah, the Almighty, knows what kind of struggle or even conflict might have been necessary if the Malays had been forced to reclaim their land by other means.
In sum, this book serves as a valuable reference for those seeking to understand the historical landscape prior to Malaya’s independence. It offers not only insight into the sacrifices of earlier generations but also a poignant reminder that the freedom we enjoy today was hard-earned and must never be taken for granted.



Excerpts:
Bersatu hati menentang Malayan Union
“Adapun maksud dan tujuan kita ialah keyakinan diri kita bahawa nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat diperliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu. Sungguhpun ada di antara kita yang berlainan fikiran dan faham serta berlainan taraf dan kedudukan kita tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita.” ( Page 119)
Bercakap tentang Kemerdekaan terlalu mudah
“Barangkali tuan-tuan masih ingat lagi sedikit masa dahulu di pekan Alor Setar ini juga umat Melayu di negeri Kedah berkumpul beribu-ribu ramainya membantah Malayan Union yang telah didatangkan oleh Pihak Kerajaan British. Terbit daripada bantahan itu maka perasaan orang Melayu telah bangkit dengan menerbitkan bantahan di seluruh tanah air ini. Kerana yang demikian pihak Melayu telah dapat tawaran dari pihak British yang bersedia hendak mencari jalan berdamai dan hendak mengubah semula dasarnya terhadap Melayu dengan mengembalikan hak tuan punya Tanah Melayu ini kepada orang Melayu.” ( Page 131)
Tidak lari dari perjuangan
“Saya telah dituduh menderhaka kepada bangsa Melayu dan kepada negeri ini. Tuduhan yang seumpama itu saya pandang dengan sekeji-kejinya. Selama di dalam kehidupan saya ini, saya telah bekerja kerana bangsa saya sendiri dan kerana penduduk-penduduk di negeri tempat kediaman saya. Saya juga telah dituduh dengan sebab mengambil satu langkah kepada satu langkah berkehendak mengambil atau mencari faedah bagi diri saya sendiri ataupun kesenangan saya sendiri. Saya menentang kepada Raja saya sendiri oleh kerana perbuatannya kepada anak negeri, maka saya telah diberhentikan. Daripada jawatan kerajaan dan dibuang daripada negeri Johor itu”.(Page 207)
Rakyat meletakkan Raja di atas takhta
Kata Dato’ Onn, ‘’Sungguhpun kehilangan seorang yang bijak dan berusaha di sisi saya, tetapi kehilangan itu telah diganti oleh seorang yang terkenal iaitu Dato’ Panglima Bukit Gantang yang telah pulih sedikit kesihatannya dan ada serta hadir di sini’. ‘Jika sekiranya hendak dipaksa kehendak pihak Melayu itu di atas kerajaan British maka terpaksalah wakil yang merundingkan itu kemudian daripada mendengarkan berbagai-bagai hujah sebab yang terbit daripada pihak yang sebelah itu, mencari dan berikhtiar yang boleh dapat menyelesaikan supaya dapat persetujuan kedua-dua pihak dengan sentiasa berpegang kepada tuntutan-tuntutan mengambil seberapa yang terdapat kepada wakil itu bagi faedah orang Melayu. (Page 148)
This book is available at the Perdana Library. If you are interested in reading or borrowing the book, please visit our Library in Putrajaya, or contact us at 03-8885 8961 (Library Counter).
