Website
Website
Tun Dr Mahathir Mohamad's Speech During the Official Opening of the Petronas Twin Towers

Tun Dr Mahathir Mohamad's Speech During the Official Opening of the Petronas Twin Towers

Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : MAJLIS PERASMIAN MENARA KEMBAR PETRONAS
Lokasi : KUALA LUMPUR
Tarikh : 31-08-1999

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak PETRONAS kerana menjemput saya untuk membuka dengan rasminya Menara Kembar PETRONAS pada petang ini. Pembukaan ini sudah tentunya bersejarah bagi Malaysia.

2. Sesungguhnya hari ini adalah amat istimewa bagi rakyat Malaysia kerana kita menyambut dua peristiwa yang bersejarah dan penting. Pertama, hari ini merupakan hari ulangtahun menyambut kemerdekaan kita yang ke-42, dan yang kedua kita akan saksikan sebentar lagi pembukaan rasmi Menara Kembar PETRONAS, bangunan tertinggi di dunia.

3. Malaysia bukan sebuah negara pengeluar minyak petroleum yang besar tetapi kita telah berjaya menubuhkan Syarikat Petroleum Nasional atau PETRONAS yang sudah diiktiraf sebagai satu daripada 500 syarikat terbesar di dunia. Adakalanya PETRONAS menjadi syarikat yang teruntung sekali di dunia. Negara dan rakyat berhak berbangga dengan kecapaian PETRONAS, satu lagi contoh kebolehan Malaysia.

4. Negara dan rakyat mendapat banyak faedah daripada kejayaan PETRONAS. Sumbangan PETRONAS kepada kewangan Kerajaan adalah besar, tetapi yang lebih penting ialah PETRONAS memberi peluang pekerjaan kepada beribu rakyat Malaysia dan membantu meningkatkan kecekapan rakyat Malaysia dalam bidang pengurusan dan kejuruteraan tinggi. Hari ini PETRONAS aktif di merata tempat di dunia, aktiviti yang bukan sahaja menyumbang kepada pendapatannya tetapi juga akan menjamin bekalan minyak bagi negara kita apabila sumber dalam negeri sudah berkurangan.

5. Menara Kembar PETRONAS ini mencerminkan kejayaan PETRONAS dan juga melambangkan kejayaan pembangunan Malaysia sendiri. Menara Kembar PETRONAS menjadi simbol fizikal kebolehan kita mentadbir negara kita dan mengurus kewangan negara. Ia dan projek-projek lain yang dipanggil mega oleh pihak tertentu tidak sedikit pun menjejaskan kedudukan kewangan kita. Sebab itu apabila negara diserang oleh penyangak matawang dan pihak-pihak lain, apabila duit kita disamun oleh mereka, kita tidak terpaksa menggadaikan kemerdekaan kita untuk mendapat pinjaman bagi memulihkan ekonomi negara kita. Sebaliknya kita dapat menggunakan kekuatan kewangan kita dan kestabilan negara semasa kegawatan untuk memulihkan sendiri ekonomi negara kita. Tidak mungkin kita melawan arus, kecaman dan tekanan ke atas kita oleh hampir seluruh dunia jika kedudukan kewangan kita lemah kerana kononnya membazir wang dengan melaksanakan projek mega.

6. Kita harus lebih yakin kepada kebolehan kita. Menara Kembar PETRONAS membuktikan kemampuan kita menubuh dan mengurus syarikat gergasi dengan jayanya supaya sumber minyak yang sedikit yang ada kepada kita dapat dijadikan punca kekayaan dan pembangunan negara kita. Negara-negara yang mengeluar berkali ganda lebih banyak minyak daripada kita tidak terlepas daripada tekanan-tekanan yang disebabkan oleh naik turunnya harga minyak di pasaran dunia. Kita juga mengalami kepincangan dalam harga minyak tetapi ia tidak menjejaskan pembangunan negara kita, bahkan tidak menghalang kita, walaupun harga minyak semasa kegawatan ekonomi telah turun dengan serendah-rendahnya. Strategi kita mempelbagaikan ekonomi kita melindungi kita daripada pendapatan yang menurun teruk akibat kejatuhan harga minyak.

7. Kawasan Kuala Lumpur City Centre atau KLCC yang dahulunya padang lumba kuda sekarang berada di tengah- tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Nilainya tidak kurang daripada RM1000 sekaki persegi. Biasanya tuan punya tanah yang bernilai begitu tinggi akan cuba membangunkan keseluruhan tanah dengan padat. Tetapi PETRONAS memperuntukkan 50 peratus daripada tanahnya yang mahal nilainya ini untuk taman rekreasi bagi warga kota dan rakyat Malaysia. Setiap hari puluhan ribu orang datang dan menggunakan dengan senang hati kemudahan riadah yang disediakan dengan belanja yang amat besar oleh PETRONAS. Taman ini adalah sumbangan PETRONAS secara langsung kepada rakyat negara ini. Jika dibangunkan bangunan yang rendah sudah tentu seluruh tanah akan digunakan untuk bangunan supaya pulangan yang setimpal didapati daripada tanah yang mahal harganya ini. Dengan membangunkan menara yang tinggi, ruang pejabat menjadi cukup luas untuk mendapat pulangan daripada harga tanah yang mahal. Lagipun bangunan yang berprestij ini dapat menarik penyewa yang berkualiti dan berkemampuan untuk sewaan yang agak tinggi.

8. Menara PETRONAS adalah bangunan yang amat canggih dan pembinaannya memerlukan kepakaran yang terkini. Walaupun kontraktor terdiri daripada orang asing tetapi pengurusan dan integrasi berpuluh kontrak dan spesifikasi dibuat oleh rakyat Malaysia. Banyaklah pengalaman yang telah diperolehi oleh rakyat tempatan daripada pengurusan pembinaan menara kembar yang kompleks dan canggih ini. Pengalaman ini tetap akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran kita.

9. The PETRONAS Twin Towers will be officially opened today. But we all know that it has already been used more than a year. In that time it has become the focus of everyone's attention, whether local or foreign. Indeed it would not be possible to miss it if you are anywhere near Kuala Lumpur.

10. For Malaysia the twin towers symbolise the progress of this nation of 22 million people. We are not a big country nor a very rich one. But we build what we can afford. And we can afford the Twin Towers as we can afford the State-of-the-art Airport, Putrajaya, Cyberjaya and the rest. As you know all these so-called mega projects have not weaken us financially that we have to beg for money. We resolve our financial problem on the basis of our own financial strength.

11. A country needs something to look up to and we certainly have to look up to see the towers. When one is short one should stand on a box to get a better view. The twin towers is to our ego what the box is to the shortie. We need something to express our towering ambition -- an ambition to become a developed country. Some may disagree. Some Malaysians too will disagree. But perceptions differ as between different people. We do as we think fit. And the majority of us favour these projects as they do not prevent us from bringing down poverty from 50 percent to seven percent.

12. When Malaysia became independent in 1957 the per capita income was 300 US Dollars. Today, but for the devaluation, the per capita should be about 5000 US Dollars. Over a period of 42 years we have grown by 1700 percent. That we think is quite an achievement.

13. Since the very beginning Malaysia had managed the economy quite well. There were ups and downs of course, but nothing that the country could not handle. The latest downturn was the result of the Ringgit being devalued through currency trading. The country suddenly became very poor and had to give up a number of cherished but essential projects. During the turmoil we would not have decided to build the Twin Towers. It was not as high in terms of priority as truly infrastructure projects such as the Bakun Dam or the new airport. Besides in devalued Ringgit terms it would have cost at least twice as much. We would allocate the money for hard-pressed Malaysian businesses.

14. But the Twin Towers were built before the Ringgit was devalued. In terms of the present Ringgit the price paid for the Towers would be very low indeed. We have not lost anything by building the towers. Indeed we can say we got the towers at half the price in present Ringgit terms.

15. Now the economy is recovering. We will rebuild our wealth, God Willing. We will continue our interrupted progress towards becoming a developed nation. In time the controversy and snide remarks about the PETRONAS Twin Towers will cease and people will only think of the Towers as the symbol of this country's progress in an unfriendly world.

16. Sempena pembukaan rasmi ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada PETRONAS dan semua pihak, kebanyakannya berada di majlis ini, kerana telah sama-sama menjayakan pembinaan Menara Kembar PETRONAS ini. Negara menghargai sumbangan mereka daripada segi keringat, dedikasi dan pengorbanan bagi menjayakan projek ini. Hari ini adalah hari kejayaan dan kecapaian mereka. Kita berada di sini bukan setakat merayakan pembukaan Menara Berkembar. Lebih daripada itu, majlis ini menandakan permulaan usaha futuristik atau 'the beginning of a futuristic endeavour' bagi Malaysia yang mana Menara Berkembar ini adalah simbolnya. Hanya sejarah sahaja akan menjadi saksi kepada ujian dan kejayaan usaha-usaha ini.

17. Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, dengan sukacitanya merasmikan Menara Kembar PETRONAS ini.

Sign up to receive our emails and be alerted of our programmes.

 

 

© 2015 Perdana Leadership Foundation. All rights reserved.