Website
Website
Pengumuman Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka

Pengumuman Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka

Pada 20 Februari 1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di Banda Hilir, Melaka. Pada detik bersejarah ini YTM Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang juga Yang Dipertua Agong UMNO telah mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada rasminya pada 31 Ogos 1957.

Serentak dengan pengumuman kemerdekaan ini, laungan "Merdeka" bergemuruh di angkasa raya Padang Banda Hilir yang dibanjiri oleh 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman kemerdekaan ini dibuat sejurus selepas rombongan rundingan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang memeterai Perjanjian Kemerdekaan pada 8 Februari 1956, pulang dari London. 

Kepulangan Rombongan Merdeka YTM Tunku Abdul Rahman ini disambut dengan meriah, rombongan ini diarak dengan diiringi oleh sekumpulan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kereta dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ke Padang Banda Hilir, Melaka.

________________________________________________________

On 20th February 1956, the Independence of the Federation of Malaya was announced at Banda Hilir, Malacca. This historical moment also saw YTM Tunku Abdul Rahman, Chief Minister of the Federation of Malaya whose also the Yang Dipertua Agong of UMNO announcing that in accordance to the Independence Treaty that was signed on the 8th February 195, the Federation of Malaya will officially achieve Independence of the 31st August 2017. 

The cries of "Merdeka" resounded in the skies of Padang Banda Hilir, Malacca alongside the independence declaration in which there were over 100,000 people who came from across the Federation of Malaya. The Independence declaration was made immediately after the Independence Mission group, led by YTM Tunku Abdul Rahman who signed off the Independence Treaty on 8th February 1956, returned from London.

The homecoming of the Independence Mission led by YTM Tunku Abdul Rahman was celebrated with much jubilation and they were escorted by a group of young riders with motorcycles along with a throng of cars all the way from Batu Berendam Airport, Malacca to Padang Banda Hilir, Malacca.

_________________________________________________________

Untuk membaca transkrip penuh ucapan Tunku Abdul Rahman ketika Pengumuman Kemerdekaan, sila klik pautan di bawah.

Pengumuman Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka

Announcement of Independence at Banda Hilir, Malacca

Sign up to receive our emails and be alerted of our programmes.

 

 

© 2015 Perdana Leadership Foundation. All rights reserved.