Website
Website

TUN RAZAK : JEJAK BERTAPAK SEORANG PATRIOT

TUN RAZAK : JEJAK BERTAPAK SEORANG PATRIOT

Description

Author: Zainuddin Maidin

Publisher: Utusan Publications & Distributors

Year: 1997

ISBN: 967-61-0751-4

Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot adalah sebuah biografi bergambar yang memaparkan keseluruhan hidup Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Gambar- gambar dari pelbagai sumber dihimpunkan dan diatur sebegitu rupa bagi mengabadikan sumbangan Tun kepada bangsa, agama dan negara. Antaranya adalah gambar- gambar eksklusif yang belum pernah tersiar di mana- mana media. Selain itu, tulisan di dalam buku ini juga mengandungi fakta yang buat pertama kali diterbitkan.

Melalui gambar-gambar ini, penulis mengisahkan keseluruhan hidup Tun Abdul Razak, daripada zamankecilnya, remaja hinggalah ia menceburi bidang politik yang akhirnya memberi kejayaan kepada negara. Tun Abdul Razak bukan sahaja telah berjaya menyelamatkan negara dari angkara perkauman ekoran Tragedi 13 Mei tetapi juga meletakkan asas pembangunan dan kemakmuran negara melalui Dasar Ekonomi baru.

For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.

Sign up to receive our emails and be alerted of our programmes.

 

 

© 2015 Perdana Leadership Foundation. All rights reserved.