Website
Website

Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik

Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik

Description

Author: Kassim Thukiman

Publisher: Johor :  Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Year: 2002

ISBN: 9835202710

Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik merupakan percubaan awal penulis untuk menganalisis secara mendalam tentang sejarah pembentukan negara, perkembangan politik, perubahan sosial, pendidikan, perlembagaan, budaya, agama dan hubungan antarabangsa.

Penghasilan buku ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sejarah Malaysia secara mendalam kepada para pembaca yang akhirnya diharapkan mereka menginsafi bahawa pembinaan tamadun sesebuah negara bukanlah begitu mudah. Sesungguhnya perjuangan menuntut kemerdekaan negara memerlukan pengorbanan yang begitu besar. Natijahnya, hasil dan nikmat daripada kemerdekaan negara dan program pembangunan yang dilaksanakan, turut dikecapi oleh kita semua. Adalah diharapkan pengkaryaan buku ini dapat menyumbangkan kesedaran patriostisme dan nasionalisme yang lebih mendalam di kalangan rakyat Malaysia.

Hasil penulisan ini merupakan sebahagian daripada cabaran kepada penulis untuk menghasilkan karya mengenai negara kita sendiri menurut kaca mata nasional. Ini disebabkan kebanyakan buku sejarah Malaysia yang awal disifatkan sebagai penulisan yang berbentuk western-centric. Para penulisnya pula terdiri daripada pegawai-pegawai British yang bertugas di negara ini. Justeru itu, memang terdapat begitu banyak bias dalam penulisan mereka.

 

Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar yang mengikut mata pelajaran Sejarah Malaysia dan Kenegaraan Malaysia sama ada di peringkat sekolah menengah atas, maktab, kolej dan universiti. Buku ini juga sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum untuk menambahkan lagi kefahaman dan mengukuhkan kesedaran kenegaraan di kalangan para pembaca.

For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.

Sign up to receive our emails and be alerted of our programmes.

 

 

© 2015 Perdana Leadership Foundation. All rights reserved.