JEJAK SEORANG PEMIMPIN: SEJARAH LISAN

Description

Author : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Publisher : MPH Group Publishing Sdn Bhd
ISBN : 9789674150969
Year : 2014

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dari 1981 hingga 2003. Sebagai Perdana Menteri, beliau telah berjaya memimpin dan mengurus pelbagai usaha untuk mentransformasi negara dari tahap pertanian yang tidak menyerlah kepada sebuah ‘gedung janakuasa’ perindustrian. Sepanjang perjalanan, Dr Mahathir berjaya mengatasi pelbagai cabaran, politik serta ekonomi, domestik dan luar negara. Memang hampir mustahil untuk menyebut pencapaian Malaysia tanpa mengaitkan beberapa kejayaan itu kepada kejayaan kepimpinan Dr Mahathir.

Buku ini mengandungi wawancara sejarah lisan yang dijalankan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana bersama Dr Mahathir. Transkrip mengandungi kehidupan peribadinya serta pandangan beliau mengenai peralihan ke negara maju dan pelbagai pelaksanaan dasar yang penting. Buku ini diolah untuk penyelidik serta rakyat Malaysia dengan intipati wawasan pemikiran pemimpin yang paling berpengaruh di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

For more information, please click here