ABU SAMAH MOHD KASIM (PEJUANG KIRI KEMERDEKAAN ZURIAT DATUK BAHAMAN)

Description

Author: Mohamed Salleh Lamry

Publisher: SIRD

Year: 2008

ISBN: 9789833782413

Perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang (1891-1895) banyak memberi ilham dan dorongan kepada generasi anak Pahang yang berikutnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, selepas Perang Dunia Kedua. Malah, penglibatan mereka dalam perjuangan bersenjata, meskipun bersama PKM, boleh juga dilihat sebagai penyambung perjuangan Datuk Bahaman. Salah Seorang zuriat Datuk Bahaman yang terlibat secara aktif dalam perjuangan kemerdekaan ialah Abu Samah Mohd. Kassim, anak Pahang kelahiran mukim Semantan, Temerloh. Bermula sebagai pemimpin kecil dalam gerakan politik kiri (PKMM/API). Abu Samah kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin utama dalam Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya dan PKM. Perjuangannya berpanjangan lebih setengah abad, dari Pahang hingga ke Selatan Thailand. Meskipun dia mengkin kurang dikenali berbanding rakan seperjuangannya Rashid Maidin dan Abdullah CD, tetapi dia telah menyertai perang gerila menentang Ingeris sejak tahun 1948 dan telah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun 1975. Oleh itu, buku biografinya ini akan menunjukkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang kiri kemerdekaan yang penting dan patut diberi pengiktirafan.

For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.