Facebook Quiz!

Did you just come from our facebook page?

Are you looking for the answers?

CLICK HERE to find them!

Library Workshops

Postponed, new date will be announce soon: Advanced Workshop on Marketing and Promoting Libraries and Information Centres: "Marketing, Promotion & Utilisation of Digital Library Services" > Click here to find out more about thus workshop

Contact Us

CLICK HERE to contact us

Home About Us Malaysian News Berita Harian - Pemansuhan UPSR, PMR langkah awal transformasi sistem pendidikan Malaysia
Berita Harian - Pemansuhan UPSR, PMR langkah awal transformasi sistem pendidikan Malaysia  E-mail
News - News

25 Jun 2010

APABILA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kemungkinan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, pelbagai pihak memberi reaksi berbeza. Ada pihak menyokong dan ada yang menyatakan sebaliknya. Bagi yang menyokong, hujah diberikan ialah dari segi kegunaan peperiksaan itu. 

Peperiksaan UPSR dan PMR sudah lama dilaksanakan dan menunjukkan kegunaannya. Antaranya keputusan peperiksaan UPSR digunakan bagi memilih murid yang layak meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh. Sebelum itu, peperiksaan ini digunakan untuk memilih murid yang layak meneruskan pengajian pada peringkat menengah rendah. Begitu juga dengan peperiksaan PMR digunakan bagi memilih murid ke sekolah berasrama penuh dan penempatan ke aliran persekolahan tertentu pada peringkat menengah atas, iaitu aliran sastera, sains, teknikal, vokasional dan agama. Peperiksaan ini pernah digunakan memilih murid yang layak meneruskan pengajian pada peringkat menengah atas. Murid yang gagal atau tidak mencapai tahap kelayakan, mereka akan menduduki semula peperiksaan berkenaan. Bagaimanapun, kini murid meneruskan pengajian secara automatik ke Tingkatan 4 dan 5 walaupun pencapaian mereka dalam peperiksaan PMR tidak memuaskan. Atas sebab itu, kewajaran peperiksaan PMR diadakan.

Penilaian ke atas pembelajaran perlu dilakukan untuk mengetahui pencapaian dan prestasi murid dalam pembelajaran mereka. Penilaian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk termasuk meminta murid menduduki peperiksaan umum seperti UPSR dan PMR. Selain itu, pencapaian dan prestasi murid boleh dinilai secara berterusan dengan menggunakan kaedah penaksiran berasaskan sekolah. Kaedah ini memerlukan pem-babitan aktif guru dalam menggubal soalan dan menentukan jenis penilaian yang hendak digunakan. Dalam erti kata lain guru mestilah berpengetahuan dan berkemahiran dalam menjalankan penilaian pembelajaran murid. Program pendidikan guru yang mereka lalui semasa di Institut Pendidikan Guru atau di universiti telah membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berkenaan yang membolehkan mereka menjalankan tugas ini. Penilaian atau penaksiran berasaskan sekolah membolehkan guru menilai apa jua aktiviti yang difikirkan sesuai dipelajari murid, bukan saja perkara yang berkaitan dengan akademik tetapi juga perkara yang berkaitan dengan pembinaan sahsiah, adab, akhlak, dan kemahiran sosial yang dikehendaki oleh majikan dan masyarakat. Dengan cara ini murid dan guru tidak lagi memberi fokus kepada peperiksaan umum, tetapi lebih kepada proses mendidik murid menjadi seorang yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempamerkan akhlak mulia.

Keputusan penaksiran berasaskan sekolah hendaklah digunakan untuk tujuan memantau pencapaian dan prestasi murid. Sehubungan itu, guru perlu memaklumkan keputusan penaksiran yang mungkin dilakukan secara berkala kepada murid dan ibu bapa yang akan menggunakan keputusan itu untuk mempertingkat dan menambahbaik kelemahan diri dalam perkara-perkara yang dinilai atau ditaksir.

Untuk mengetahui prestasi murid berbanding dengan pencapaian murid yang lain di seluruh negara, suatu kriteria atau penanda aras yang menunjukkan purata markah yang diperoleh murid di seluruh negara diadakan bagi setiap mata pelajaran. Murid boleh membandingkan pencapaian mereka dengan penanda aras berkenaan untuk menentukan sama ada pencapaian mereka melepasi purata atau di bawah purata markah peringkat kebangsaan. Dalam konteks ini peperiksaan setara diperlukan bagi menentukan kedudukan murid dan boleh diambil pada bila-bila masa. 

Ada pihak yang masih menginginkan UPSR terus diadakan untuk menentukan kelayakan murid bagi meneruskan pengajian terutama di sekolah menengah berasrama penuh. Jika ini sebab mengapa UPSR ini harus diadakan, kaedah penilaian lain sebagai alternatif boleh digunakan seperti mengadakan ujian kelayakan masuk ke sekolah berasrama penuh. Ujian ini terbuka kepada mereka yang ingin meneruskan pengajian di sekolah itu dan tidak diwajibkan kepada semua murid. Keputusan penaksiran berasaskan sekolah yang diadakan secara berterusan boleh digunakan untuk tujuan penempatan murid di sekolah. Keputusan ini lebih bermakna dalam menunjukkan prestasi sebenar murid dalam pembelajaran mereka di sekolah.

Sumber Rencana adalah dari Berita Harian.

 

Twitter