TUN RAZAK : PUTERA TITIWANGSA

Description

Author: Shariff Ahmad, Tan Sri

Publisher: Utusan Publication & Distributors

Year: 1999 

ISBN: 967-61-0978-9 

Tun Razak Putera Titiwangsa adalah sebuah biografik yang menceritakan kehidupan dan keperibadian Tun Abdul Razak Hussein dari awal hidupnya sehingga menjadi pemimpin yang ikhlas dan reda berkorban untuk pembangunan negara dan kebahagian bangsa.

Tan Sri Dato’s Seri Shariff Ahmad melalui buku ini, menceritakan liku- liku perjalanan hidup Tun Abdul Razak, bermula dengan paparan beliau sebagai seorang pelajar yang pendiam tetapi dinamik berjuang ke arah menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau mengilustrasikan Tun Abdul Razak sebagai bapa yang penyayang, Timbalan Perdana Menteri yang taat setia kepada Tunku Abdul Rahman, Menteri Pelajaran pertama yang meletakkan asas Dasar Pelajaran Kebangsaan yang mencorak satu bangsa Malaysia serta Pengarah MAGERAN yang menyelamatkan negara daripada ancaman persengketaan perkauman 13 Mei dan memulihkan demokrasi berparlimen. Tun Abdul Razak juga adalah arkitek pembangunan negara dan pemupuk integrasi kaum melalui agihan ekonomi yang saksama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan sebagai Perdana Menteri kedua, beliau menjadi pelopor kepada dasar luar yang mementingkan perhubungan peribadi dengan pemimpin- pemimpin negara jiran demi keamanan serantau.

For more information on the book, you may go to our Library OPAC here