SEJARAH MALAYSIA: WACANA KEDAULATAN BANGSA, KENEGARAAN DAN KEMERDEKAAN

Description

Author: Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin

Publisher: USM

Year:2016

ISBN: 9789838619103

Pandangan dan pemikiran sejarah baharu tentang isu-isu yang berkaitan dengan sejarah identiti bangsa, kedudukan institusi beraja, dasar kolonialisme, perjuangan antipenjajah, semangat kebangsaan, kesedaran konsep ‘Melayu Raya’, konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan kemerdekaan sehinggalah kepada pengisian dan pengukuhan negara bangsa Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, semuanya dirangkum dan dihimpunkan dalam buku Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan ini.Para penulis yang menyumbang idea mereka dalam buku ini terdiri daripada sarjana, pemikir dan ahli sejarah Malaysia yang mengupas tema-tema tersebut dengan menyuntik suatu tafsiran baharu tentang pengalaman dan realiti sejarah yang berlaku di Malaysia secara jangka panjang, iaitu dari zaman awal sehingga kini. Dengan olahan yang begitu menarik dan bertenaga, serta hujah-hujah baharu yang mungkin tidak pernah diketahui umum, buku ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan para pelajar, pendidik, pengkaji sejarah, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami sejarah warisan dan perjuangan bangsa Malaysia. 

For more information on the book, you may go to our Library OPAC here.